Guna Telefon Pintar | Murid tahun enam maut disambar petir

2022-09-21 0

Seorang murid perempuan maut selepas dipercayai disambar petir ketika sedang bercakap menggunakan telefon pintar di Kampung Baru Sungai Raya Luar, Gua Musang, Kelantan pada Isnin.

Mangsa, Nur Asyqin Qistina M. Nor Zawawi, 12 tahun, ditemukan terbaring dekat atas tilam bilik tidurnya dengan kesan terbakar di bahagian lengan, kira-kira jam 4.50 petang.